Bekas pemain antarabangsa Belanda, Rafael Van Der Vaart telah melabel pasukan Sepanyol pada Euro 2020 adalah membosankan dan pasukan yang menghantar ke tepi padang.

Van Der Vaart malah memilih Sepanyol sebagai lawan Belanda. Kerana Sepanyol pasukan yang tidak bagus berbanding dengan beberapa gergasi Eropah yang lain.

Sepanyol gagal mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan pertama mereka. Seri 0-0 dengan Sweden dan kemudian seri 1-1 dengan Poland.

Dalam kedua dua perlawanan tersebut, Sepanyol menguasai bola dengan sangat tinggi sekali. Mereka menguasai 86% perlawanan menentang Sweden dan 77% menentang Poland.

Van Der Vaart menganggap pasukan La Roja ini adalah ‘sakit mata’ nak menyaksikannya.

Van Der Vaart berkata: “Sepanyol adalah pasukan yang sangat teruk untuk ditonton. Dan saya harap kita [Belanda] akan bertemu dengan mereka.”

“Pasukan ini [Sepanyol] tidak ada apa apa yang istimewa. Mereka hanya melakukan pertukaran hantaran sebelah tepi ke tepi yang lain. Mereka malah tak tahu cara melakukan hantaran akhir.”

Pemain tengah Atletico, Koke ternyata tidak gembira dengan komen Van Der Vaart dan mengungkit tentang kekalahan Van Der Vaart pada aksi final Piala Dunia di tangan Sepanyol.

Koke kemudian memberikan ‘penghargaan’ dalam nada sindiran kepada Van Der Vaart yang menurutnya menjadi gambar yang paling banyak mereka lihat di kompleks sukan Sepanyol.

Koke berkata: “Saya menonton aksinya ketika final Piala Dunia. Dan di sini, di La Rojas, kami ada gambar gol Iniesta menentang Belanda dengan Van Der Vaart ada sebelahnya. Kamu harus ‘menghormatinya’.”

“Kami akan jadikan kata kata dia sebagai satu motivasi. Kami tak akan menyerang mereka di bilik persalinan, tetapi kamin akan ingat dalam kepala kami jika kami menentang mereka.”

Seorang lagi pemain Sepanyol, Sarabia juga memperlekeh kekalahan Van Der Vaart pada aksi final Piala Dunia.

Sarabia berkata: “Satu satunya memori yang saya ingat pada Piala Dunia 2010, di mana kita menang aksi final.”

“Kita tidak menikmati situasi yang positif keseluruhannya. Jika kita menang satu atau dua perlawanan, orang akan melihat semuanya berbeza. Apa yang kita harus lakukan adalah menang pada Rabu ini dan lupakan segalanya yang sudah berlaku.”

“Saya berpendapat, kita bermain sangat baik. Kita cuma perlu memastikan bola masuk. Kita menguasai perlawanan, menekan dengan baik, mencipta beberapa peluang, dan kita berharap akan mendapat habuan daripada cara kita bermain dengan kemenangan menentang Slovakia.”

Baca juga artikel

Sadio Mane Sumbang RM2.6 Juta Bina Hospital Di Senegal Tanda Kesyukuran

Semua Pemain England Akan Warnakan Rambut Gaya Foden Jika Juara Euro 2020

UEFA Ancam Hukum DFB Kerana Lilitan Pelangi, Peminat Keliru ‘SOP’ UEFA Yang Tak Konsisten